~Tips Kecantikan Dalam Islam~
jOm cuba...
• Bedakkanlah wajah anda dengan air wuduk nescaya akan bercahaya
diakhirat
• Oleskan lipstick kejujuran pada bibir anda. Anda akan kelihatan lebih
jelita
• Gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa
malu yang hanya berada di salun keimanan kerana malu adalah
sebahagian daripada iman
• Lakarkan mata anda dengan celak yang menghindari diri anda daripada
pandangan kemaksiatan kerana mata adalah permulaan segala perkara.
• Rawatilah rambut anda dengan selendang islami yang akan
menghilangkan kelemumur daripada pandangan lelaki yang
merberhayakan
• Sebaik-baiknya kalunglah diri anda dengan kalung kesuciaan. Ia akan
sentiasa bercahaya
• Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jemari
anda dengan cincin ukhuwah
• Pakailah sabun istighfar yang menghapuskan segala dosa dan kesalahan
yang dilakukan
• Hiasilah kuku anda dengan inai semulajadi ciptaan Allah swt
• Peliharalah anggota badan anda dengan fabric keanggunan islam.
Sesungguhnya orang yang menutup aurat itu terhindar daripada fitnah
• Sarunglah kaki anda dengan sepatu yang sesuai supaya mudah untuk
kejalan yang diredhai Allah swt
• Terangilah hati anda dengan ayat suci al-quran. Nescaya hilang bintik-
bintik hitam yang mengaburi nurani anda.
p/s. semoga kita dapat amalkan tips yang diberikan dan kita akan kelihatan cantik disisi allah, sesungguhnya wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.
^_^ mencari keredhaan Allah bersama...(step by step)







